Oil Grand Lady: Telaga minyak pertama di Miri

Oleh MOHD ALIFF IDZWAN

Grand-Old-lady-Miri-Featured

Jika anda teringin untuk datang melancong ke Miri, Sarawak, pastinya anda tertanya-tanya apakah tempat yang menarik terdapat di Miri. Miri merupakan bandar kedua besar di Sarawak yang menyimpan pelbagai khazanah alam dan tempat pelancongan menarik. Miri terkenal sebagai bandar minyak kerana di sinilah bermulanya penerokaan minyak pertama di Sarawak pada tahun 1910.

Jika anda seorang yang ingin mengetahui dan melihat sendiri telaga minyak pertama di Miri, anda bolehlah mengunjungi The Grand Oil Lady. The Grand Oil Lady yang terletak di atas Bukit Kanada di bandaraya Miri menyimpan pelbagai sejarah mengenai penerokaan minyak di Malaysia.

Jangan hairan mengapa telaga minyak ini terdapat di atas bukit. Menurut pakar geologi, minyak pada ketika itu mula dikesan berada di kawasan yang tinggi iaitu berbukit sebelum mereka meneroka di dasar laut.

The Grand Oil Lady yang dimiliki oleh Shell Berhad pada ketika dulu telah menutup operasinya pada tahun 1941 akibat letusan perang dunia kedua.

Pada tahun 1973, pihak Shell Berhad telah menyerahkan kawasan terbabit kepada kerajaan Sarawak untuk dijadikan sebagai monumen bersejarah.

Tahun 2005 menyaksikan Miri dinaik taraf sebagai Bandaraya Peranginan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu.

The Grand Oil Lady telah menyaksikan pengubahsuaian dengan penambahan replika pekerja carigali minyak dan juga muzium petroleum yang terletak bersebelahan.

Anda akan mendapat pelbagai pengetahuan mengenai sejarah petroleum di Malaysia apabila berkunjung ke muzium petroleum di Miri.

Oleh itu, anda tidak akan rugi untuk berkunjung ke The Grand Oil Lady di Miri, Sarawak sambil dapat menikmati bandaraya Miri dari atas bukit.

This entry was posted in Gaya Hidup. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s